About URUT TRADISIONAL WANITA SAHAJA
SELAMAT DATANG KE SPA URUT TRADISIONAL WANITA AMPANG
Urut Tradisional Ampang adalah perkhidmatan rawatan kesihatan yang mengabungkan rawatan moden dan Tradisonal oleh Terapi yang bertauliah. Kami adalah ONE STOP CENTRE yang menyediakan rawatan kesihatan dan kecantikan.
Tujuan utama kami adalah sentiasa memberi kualiti Perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami dan memastikan pelanggan kami berpuashati dengan perkhidmatan, layanan dan pemulihan yang diberikan. Kami juga sangat mementingkan keselesaan pelanggan-pelangan kami ketika berada ditempat kami.
URUT TRADISIONAL AMPANG WANITA SAHAJA hanya menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk anda sama ada dalam rawatan kecantikan atau kesihatan. RAWATAN ini dilakukan oleh Puan Hawa.
Perkhidmatan yang ditawarkan
Kami menyediakan perkhidmatan spa untuk membantu merawat masalah kesihatan dan menyerlahkan kecantikan serta memastikan fikiran , badan dan jiwa anda dalam keadaan yang tenang tanpa tekanan. Ini juga termasuk perkhidmatan baik pulih anggota badan iaitu Fisioterapi yang lebih fokus kepada terapi manual, bertujuan membantu memulihkan otot dan saraf pelanggan pada tahap maksimum. Ini boleh ditambah dengan kaedah perubatan tradisional seperti urutan tradisional melayu, akupuntur dan bekam sebagai pelengkap rawatan yang kami sediakan. Selain itu, kami juga menyediakan perkhidmatan pakej rawatan ikhtiar Hamil dan juga penjagaan berpantang untuk membantu ibu-ibu selepas melahirkan.
Dapatkan rawatan yang berkualiti dari Puan Hawa sekarang.